BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 26, 2011

Ruangan Sharing Is Caring...

APA ITU ALAHAN PROTEIN


Susu Lembu (CMPA )
CMPA merupakan sejenis alahan makanan di mana sistem imun tersilap mentafsir protein susu lembu sebagai bahan yang boleh menjejaskan, dan oleh itu mencetuskan tindak balas alahan tubuh yang dimanifetasikan melalui sistem badan seperti kulit, saluran pernafasan dan penghadaman.

Insidens
CMPA dikategorikan sebagai alahan makanan yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak (antara 0.5% hingga 7.5% dalam golongan bayi). Kebanyakan bayi menunjukkan tanda-tanda CMPA dalam bulan-bulan pertama selepas dilahirkan.

Faktor risiko
# Sejarah keluarga (genetik)
# Tempoh penyusuan ibu eksklusif yang lebih singkat
# Pendedahan yang awal kepada susu lembu
# Cara penyerapan dan pengendalian protein susu lembu

Simptom-simptom
# Kulit (gejala CMPA bayi paling lazim)
-Ruam;ekzema, dermatitis atopik;gatal-gatal,urtikaria(benjolan gatal berwarna merah)
# Sistem penghadaman/gastrousus:
-Kolik (kembung dan menangis tidak henti-henti);muntah;cirit-birit 5-8 jam selepas makan;najis berdarah;gastroenteritis(radang dalam perut dan usus kecil);proktokolitis(radang kolon dan rektum);sembelit
# Pernafasan
- Rinitis alergik/alahan/resdung seperti bersin;asma seperti nafas berdehit, batuk kronik.

Susu rumusan soya
Malangnya, tiada penawar CMPA yang berjaya ditemui setakat ini. Bagaimanapun, ia boleh dielakkan denga cara mengelakkan sama sekali pengambilan susu lembu termasuklan rumusan separa hidrolisis (jenis susu lembu yang didatangkan bersama-sama molekul protein lebih kecil).
Jika bayi diberikan susu ibu sepenuhnya, ibu yang menyusukan perlulah mengelakkan produk tenusu daripada pemakanan mereka.
Formula berasaskan soya mula diberikan kepada bayi-bayi CMPA pada tahun 1929 oleh Hill dan Stuart, disyorkan sebagai pilihan dan alternatif pertama bagi kanak-kanak dengan keadaan ini.
Ia bukan saja selamat digunakan tetapi juga mampu menyediakan nutrisi/pemakanan yang sesuai bagi menyokong tumbesaran dan perkembangan yang sihat sebagaimana saranan Jawatankuasa Nutrisi Pediatrik Akademi Amerika.

Prognosis
Rata-rata kanak-kanak CMPA akan beransur-ansur bebas dari alahan yang mereka alami menjelang usia tiga tahun manakala selebihnya akan kekal dengan keadaan itu sehinggalah dewasa.
Sebanyak 80% daripada penghidap CMPA akan membesar dengannya dalam tempoh lima tahun pertama kehidupan mereka.

sumber:Pakar Perunding Pediatrik Dr Khoo Keh Bin dalam Ruangan Kesihatan (Mingguan Malaysia 17 Julai 2011)

0 ada yg nak ngomen??:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...