BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 29, 2011

Semalam punye cite la....

Dua-tiga ari ni..qiqi asyik x tido jer kt umah opah....
Semalam bru dia tido..sampai umah opah,tgk qiqi baiknye tgh lena...biarlah dia tido...
Opah kt kul 4pm bru tido tu...ms aku smpi tu..baru kul 5.45pm...bg la dia tido lama ckit...
B4 smpi umah opah tu..sempat g JJ Maluri jap..tujuan utama nk belikan botol susu..opismate kirim suh belikan...sementara JJ ada sale..murah la ckit...dh beli botol susu tu..terjalan2 plak kt baju2 budak...ermm..murah2 la..sekali terbeli smpi 5 psg baju utk q
iqi..baju murah2 jer..rm7.90 sepsg..wat basahan je la since baju qiqi dh bnyk yg sendat2...sempat pilih 2 psg s.sleve n seluar..2 psg singlet..sepsg baju tido..jd la...tp mcm nk beli lg sbb baju2 qiqi utk pakai balik dr rumah opah bnyk dh xley pakai...nti minta duit dgn ayah la plak...hehehehe....jd la yg murah2..bel mahal2 kang sayang plak nk wat basahan....
hehehe...
sekali..dalam keta..qiqi dok punggah plastik JJ tu..dah dia nk pakai baju baru plak..sepnjg jalan dok merenggek nk pakai baju baru...aku dok ckp nti smpi rumah la...skali mmg betul,,parking je keta..dia dah bukan seluar and baju yg dia pakai..nk oakai baju baru katanye...ermm..pakai la dik..baju tido baru...(just track n t-shirt je laa..)suka benor hati qiqi dpt pakai baju bru...smpi bju tu basah pun x nak tukar,,,adoiiiii...sabar je la....

seksa nk amik pic budak ni skrg...dia yg nak main camera...

ok.
ciow...
*ari ni sepatut aku g putrajaya..ada seminar tp aku x pegi...hehehe...apa alasan nk bg ni weiii..

Wednesday, July 27, 2011

Kemaruk dgn "WORD SEARCH"..bestt...




Hehehehe...best betul laa....

Layan buku word search....
Yg syoknye...makin lama buat..makin cepat siap...best betul la..
Sampai ada member opis suh belikan...dia pun syok melayan....
Bnyk lagi muka surat dia ni...
Xper..dah siap nti nk beli lgik...hehehehe...

ok..
ciow..
psstt...boss xde ley la layan....hikhikhik...

Wednesday....

Selamat Pagi...

hehehe..ari ni boss saya MC lg..
teruk benor batuknye kot...
xpela boss..rehat cecukup...bg hilang batuk..
kang kot berjangkit smua kt opis ni kang...
anak kami kecik2 lg...(ada kaitan ker..??)
pagi ni..ada mesy agung SKIP...tp nama saya xde..so xyah pegi...hehehe...
semalam blik keje...amik qiqi..dia mengantok sbb x tido kt umah opah...
smpi jer rumah..6.45pm..dia trus tido smpi la pg td saya nk g keje dia tido..
bangun mnm susu pukul 10.30pm...4.30am...makan pun x...
tukar baju pun dia tido jerr....ngantok bebenor gayanye..
mcm berkebun kt umah opah letihnye,,,
hehehe..pg ni msti dia bgn awal...sian la ayahnyer....
Ok la...
Nti2 sembang lagi...
Ari ni..xtau ada nk share2 x...
Nk check email jap...
Nak bayar bil2 jap...
ok..
ciow...

Tuesday, July 26, 2011

Share2 lagi...

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil...

BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya

BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaki

TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.

BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.

GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).

RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Apasal tetiba rajin nk share2 ni yer...??

sajsaje2 jer...kan sharing is caring...copy paste dr email jer....

Ruangan Sharing Is Caring...

APA ITU ALAHAN PROTEIN


Susu Lembu (CMPA )
CMPA merupakan sejenis alahan makanan di mana sistem imun tersilap mentafsir protein susu lembu sebagai bahan yang boleh menjejaskan, dan oleh itu mencetuskan tindak balas alahan tubuh yang dimanifetasikan melalui sistem badan seperti kulit, saluran pernafasan dan penghadaman.

Insidens
CMPA dikategorikan sebagai alahan makanan yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak (antara 0.5% hingga 7.5% dalam golongan bayi). Kebanyakan bayi menunjukkan tanda-tanda CMPA dalam bulan-bulan pertama selepas dilahirkan.

Faktor risiko
# Sejarah keluarga (genetik)
# Tempoh penyusuan ibu eksklusif yang lebih singkat
# Pendedahan yang awal kepada susu lembu
# Cara penyerapan dan pengendalian protein susu lembu

Simptom-simptom
# Kulit (gejala CMPA bayi paling lazim)
-Ruam;ekzema, dermatitis atopik;gatal-gatal,urtikaria(benjolan gatal berwarna merah)
# Sistem penghadaman/gastrousus:
-Kolik (kembung dan menangis tidak henti-henti);muntah;cirit-birit 5-8 jam selepas makan;najis berdarah;gastroenteritis(radang dalam perut dan usus kecil);proktokolitis(radang kolon dan rektum);sembelit
# Pernafasan
- Rinitis alergik/alahan/resdung seperti bersin;asma seperti nafas berdehit, batuk kronik.

Susu rumusan soya
Malangnya, tiada penawar CMPA yang berjaya ditemui setakat ini. Bagaimanapun, ia boleh dielakkan denga cara mengelakkan sama sekali pengambilan susu lembu termasuklan rumusan separa hidrolisis (jenis susu lembu yang didatangkan bersama-sama molekul protein lebih kecil).
Jika bayi diberikan susu ibu sepenuhnya, ibu yang menyusukan perlulah mengelakkan produk tenusu daripada pemakanan mereka.
Formula berasaskan soya mula diberikan kepada bayi-bayi CMPA pada tahun 1929 oleh Hill dan Stuart, disyorkan sebagai pilihan dan alternatif pertama bagi kanak-kanak dengan keadaan ini.
Ia bukan saja selamat digunakan tetapi juga mampu menyediakan nutrisi/pemakanan yang sesuai bagi menyokong tumbesaran dan perkembangan yang sihat sebagaimana saranan Jawatankuasa Nutrisi Pediatrik Akademi Amerika.

Prognosis
Rata-rata kanak-kanak CMPA akan beransur-ansur bebas dari alahan yang mereka alami menjelang usia tiga tahun manakala selebihnya akan kekal dengan keadaan itu sehinggalah dewasa.
Sebanyak 80% daripada penghidap CMPA akan membesar dengannya dalam tempoh lima tahun pertama kehidupan mereka.

sumber:Pakar Perunding Pediatrik Dr Khoo Keh Bin dalam Ruangan Kesihatan (Mingguan Malaysia 17 Julai 2011)

Saya dh keje dh...

Morninkssss....

Saya dah keje ari ni...
Semalam dah settle servis kereta...
Semalam tekanan darah saya agak tinggi...
Gerammnye dalam hati...
Ada dua tiga perkara yang wat saya sangat2 geramm...
Rasa macam nk meletop ajer semalam....
Nasib baikk iman ni kuat..(chewaahhh...)...
Bersabar je la...
Nak bawak kek dtg opis ari ni pun dah terlupa...
Hari ni boss mc plak...
Nasib dia baik la..klu x jd bahan aku mengamuk je la..(berani nk ngamuk dgn boss kunun..)hahaha...
Seminggu lagi nk puasa...
Satu hari lagi x ganti ni..
Skrg tgh "ABC" plak...
Sempat ker..?
Klu x sempat..kena la byr fidyah....
Ok la...
Saya ada hobi baru skrg....
Iaitu...wat.."WORD SEARCH"..
Ari tu beli 2 buah buku tu...
Tapi semalam..
huhuhu...budak kecik dabbooommmm tu...
telah mencakar buku saya...
Nasib baik guna pensil..leh padam....
Bos xde..saya buleh terus meneruskan hobi baru saya tu...
Hahahahaha..
Sekian...
Terima Kasih...
Ok..
Ciow....


Monday, July 25, 2011

Saya Di Seremban Sekarang...

Adoiii....eden masih kek somban ni ha.....

dok menghambat adik and laki sendiri g mandi...
sekso....
Den nk g servis keto ni ha...kang kot sio2 yo cuti keto x servis...
tekanan tol...jantanss ni wat derrkkk jer,,,

ok..
ciow...
smbg g hambat org mandi jap ha....

Friday, July 22, 2011

Hari Isnin Ni Saya Cuti..sekian terima kasih...

Hahahahaha....baru isi borang cuti...ari isnin ni nak cuti..sebab.......

-- nak g servis kereta...
-- en ayah qiqi kt nk g beli langsir...hahaha...(ntah jd ntah tidak..)
-- en ayah qiqi cuti..sje nk cuti skali...
Amik cuti ari isnin ni...ermmm...cuti tgl 11 ari lg..cukup x smpi hujung thn ni...???
adooiii.....

ok...
ciow...

Seminggu Jer Lagi....

Selamat Pagi...Selamat Hari Jumaat..

Dah mnm???Dah makan???Dah bekfast??hehehehe..
Pagi ni lambat ckit sampai opis..lmbt ckit jer..lmbt 2 minit...punch 7.32am...lantak la..
Gara-gara sikenit tu la..ley plak dia bgn pagi2 ari ni..dah bgn tu mmg dia xnak tgl la dgn ayah dia..
Confirm ibu yg kena anta g umah opah dia....nasib baik smpi umah opah x nangis..elok jer..smpi umah opah,,,bkak selipar..amik botol susu and baring atas sofa mnm susu...ngantok lg la tu...
Aku pun apa lg...F1 la g opis...pun lewat 2 min..xpela...
ermmm...berbalik pd tajuk entry...
Seminggu jer lgi...semua umat islam di seluruh dunia akan menyambut bulan ramadan...bulan mulia...bulan yg penuh dgn kerahmatan...insyaallah..semoga kita semua dpt memulakan dan mengakhiri bulan mulia ini dgn sebaik2nya..harap2 sepanjang bulan ramadan ni..aku sentiasa sihat dan kuat utk bgn msk sahur..hahahaha...harap qiqi x bgn skali la...
hehehe...
Ok la...
Ciow...

psstt...bos dh keje ari ni..ular dh kuar kot dr rumah dia....

Thursday, July 21, 2011

Saya Tak Boleh Dah Berada Di Kalangan Mereka...

Morningss....

Terkejut..??Ye..di saat dan ketika ini...
Saya sudah berada di opis saya..
Di atas kerusi saya..
Di meje saya..
Di hadapan PC saya...
Saya tidak berada di UKM..
Tidak berada di bilik 306, Kolej Tun Hussein Onn..
Tidak berada di padang "A" UKM...
Tidak ada bola di tangan..
Tidak ada peluh2 di badan..
Tidak ada sessi hitamkan kulit lagi...
Semua itu telah TIDAK ADA..
kerana..
Saya telah menarik diri dari pasukan itu...
Saya telah tidak boleh menyesuaikan diri dengan pasukan itu...
Saya telah dikatakan tidak komited..tidak ada team work...tidak memberi komitmen pd tugas yg diberi...
OOOO...ok fine...so...saya blah dulu...
Perkataan "setakat awak seorang yang takde, saya still buleh hantar mana yang ada"..terngiang2 di telinga saya ni...berlagak nk mampush punye coach..mcm aku kebulur sangat nk main dgn team diaorg tu...kalau salah aku xper..ni..bila ada yg pentingkn diri and tak anggap aku sebahagian dr team..aku ke yg salah..xpe2...aku x kisah...
So...
here i am...ddk opis lg bagus..on time balik....

ok..
ciow..

pssttt...dah 2 ari boss EL...rumah masuk ular..???

Tuesday, July 19, 2011

Sukan Time...

Hehehe..pada saat dan ketika entry ini dibaca..
aku mungkin sudah sampai di UKM, Bangi...meng"check-in"kan diri...
hehehe..padahal x tido sana pun...
Tepat jam 5 ptg ni bermula la latihan netball aku dgn ahli2 yg bru smpi dr jauh..
ada dr pahang..penang..terengganu..johor..aku jer yg dekat...hehehe...
so..sepanjang minggu ni smpi 25hb..no entry..no story...
Sila la doakan kejayaan kami k...
Salamm....
Ciow...
all the best to our team...

Monday, July 18, 2011

Minggu Yg Bakal Bz..

Selamat Pagi uuuooolllsss sume2...
Mcm mn weekend..beshh x..?
Weekend aku dgn qiqi minggu ni mcm biasa2 jer...lepak kt rumah,,..g jln2 kt JJ Maluri jap n balik tidoo...tu jelaa...Ari ahad plak..mcm biasa..pg ayah qiqi g work..sepatutnye dia cuti tetiba ada sorg staff dia sudah cabutt...(berenti keje tanpa notis)..so..terpaksa la dia g keje jp utk tgk apa masalah n menda2 urgent yg kena buat...ptg tu..dlm kul 3.pm dia balik...balik pun, time qiqi tgh tidor..ayah pun main game la...ptg tu..amik keta yg anta bengkel ari sabtu utk tukar absorber..dah tukar absorber,mmg wajib la wat balancing tayar...hbis ke timur ke barat tayar and stereng dibuatnya...pastu..g c4 beli susu qiqi...pastu g mkn..and..balik rumah..tidorr...tu je la xtvt weekend..pic sume dlm tab ayah..lupa n transfer....
Now...aku kt opis...wajib and harus clearkan and settlekan surat2 smua...esok ptg dh nk start berkampung kt UKM n UPM...sukan time..seronok..hope our team bring something to LPP la...
hehehe...boss dh dtg plak...
nti kita smbg lg...
ciow...

Friday, July 15, 2011

Jimba2 day...Tesco Mutiara Damansara...

Alllooooossss....
Tetiba pagi ni..bos muncul plak...smlm dia kt mc tp ari ni muncul...x kisah la sebab aku xde wat salah apa2 pun...keje sume2 settle...
So..seperti yang dirancangkan semalam...Jimba2 day..ingat nk g Jusco Kepong tp x jadi le sbb xley nk kuar awal sgt..boss aderr....so...kitaorg bertukar ke Tesco Mutiara Damansara...alasan g sana..beli barang2 utk pantry opis..hahaha..smpi 5 org naik keta..nasib keta besorr..bukan WUH tp P??..lupa plak no plat keta Altis tu...g ber5 tp yg shopping sakan 2 org jer...yg 2 org lg..1 plastik jer..adik yg bongsu,,tolong tolak troli jer...hehehehe...tq yer dik...masing2 membeli barang2 keperluan dapur la...biasa la dh beranak pinak ni..weekend plan nk msk utk family la..lain la aku...malas..bak kata qiqi nasi bungkus jer...chaiitt...
Esok...
Plan nk bwk qiqi g jogging..wahhh...padahal aku yg nk kena cri stamina blik...sebab...19hb ni dah start latihan pusat..biasala..sukan kegemaranku..netball...dr 19 smpi 21 ni..berkg kt UKM, Bangi..22-25..berkg kt UPM, Bangi plak...nasib la dekat...xyah tido sn..ley ulang-alik dr rumah jer....Sukan MOA sudah bermula...cuma mlm perasmian jer xtau lg mcm mn..adoiiyaii...cian qiqi kena tgl umah opah...xpela..seminggu jer..mlm still tido dgn ibu lg...so..this 2 days..wajib spend more time with qiqi..nextweek..busy...

Sekian...
Ok..
Ciow...

Thursday, July 14, 2011

Esok..jimba2 day..sebab...

Selamat Petang yer murid2..

hahaha...

Tadi call boss...

boss bgtau satu berita...

berita yang menggumbirakan kami..

yakni..kuli2 bawahan dia..

berita itu telah memberi impak besar..

kepada kami...

kami..pekerja yang setia...

hahahaha..

(gelak jahat ni..)

Dialognye berbunyi begini...


boss: lyana, esok kan ada meeting SOM AMAF di MOA...minta Hj M****** wakilkan saya...saya mc esok...sakit tengkuk..sakit badan..dh g klinik, doktor ckp low bp...

saya: boss..meeting esok tunda ari isnin..

boss: alhamdulillah...

saya:suka ati yer boss (dlm hati je la..)

boss:hukhukhukhuk..(batuk teruk benor..)

saya:Ok boss...bye...

background masa saya call boss td..bising dgr cik peah(yakni bini boss[bukan nama sebenar]) membebel...rs dia bebelkan anak dia...hahahaha...


yeeehhhaaaa.....boss mc esok

(mc esok, ari ni dh tau..bestkan)


jadinye...

esok...kami..buleh berjimba2...

dah ada plan ni...harap xde diantara kami yg kena g meeting..

atau apa2 pun la...

hahahaha...


ok..

ciow...

Qiqi nk g School??

OMG...???!!!!...kencing pun dalam pampers lg nk g school??

Hehehehe...bukan sekarang la nk anta qiqi g school...

Klu ikut perancangan, nak anta qiqi g tadika masa umur dia 3 thn nti..next year la kan..tp..ada terbaca dlm salah satu blog la..anak dia dlm umur 2 thn 6 bulan..dah anta g smart reader...wahh...buleh ke seawal umur tu??Terima ke smart reader, budak kecik2 tu...

Memang dah plan nk anta qiqi g smart reader..hehehe...sebab dkt dgn umah opah qiqi tu ada skool tu..ermm...klu awal thn depan anta qiqi, mau ker dia belajar??hehehe...satu, dua , tiga dh pandai...one, two , three dah pandai..ABC pun dh start belajar skrg ni...ermm..ingat nk g tanye la kt skool tu...hehe..


what do u all think2..??

Pagi Yg Sejukkk....beshhh...

Selamat Pagi........

Pagi ni..hujan turun membasahi bumi...

Aku dok senang lenang drive atas AKLEH pg td sambil membuka tingkap menikmati udara yg berjerebu sedikit tu...tiba2 dikejutkan dengan hujan rintik-rintik dari luar...terhenti lamunan aku...

terus dengan segera menutup tingkap dan memasang air-cond..

(x suka psg air-cond pg2..sejuk n menimbulkan rs ngantok..)

Keluar je dari AKLEH..hujan semakin lebat...lalu depan Maju Junction...semakin lebat...bila WUH menjejakkan tayar depan SOGO..semakin lebat hingga aku dah tak nmpk jalan..

(rasa nak berenti depan SOGO jer..tp pg2 nk wat apa..SOGO x bkak lg..)

WUH memperlahankan pergerakkan gara2 penglihatan pemandu yg terbatas...

Adoii...hujan semakin lebat yang x henggat...lalu depan Bukit Aman..sekitar parlimen..lg la lebat...nk smpi ke Pusat Bandar Damansara tu rs seksa jer...

tp..tp..tp..nasib baik smpi kt area2 Jln Dungun tu..hujan dh reda..pemandangan semakin elok...WUH segera memecutkan perjalanan sebelum jam menunjukkan 7.30am...

Nasib baik sempat....


Sekian..terima kasih...


pstt...bos xde ari ni...double bestnyer...

Wednesday, July 13, 2011

Dpt gak tgk akhirnya...

Selamat pagi uuuooolllsss semua...dah bekfast..??Hehehe..hari ni ari kedua my boss xde kt opis..ari ni dia ada raptai utk terima pingat esok..hehehe...jimba2 timela..tu yg pagi2 dh tgk movie..gilleerrr betul la...pagi2 lg gaji dh x berkat...x wat keje tp tgk movie lak kan...
Serius...x hbis tgk lg cite ni...setengah jln pun x lg...tp..kena stop jp la...kene la settlekan keje dulu...Ms cite ni kuar kt wayang ari tu..mmg teringin sesangatnye nk g tgk tp apakan daya...mano lak nk dihumban qiqi dabbooommmm tu kan...xkannk berangkut dia skali g tgk movie...pastu harap2 la cite tu kuar kt astro 1st..tp..non hadooo jgkk...nasib baik la..uncle ewan qiqi dpt donlot..dr mn dia donlot xtau la..yg aku tau aku dpt tgk....x kisah la cara apa pun..tu yg xcited pg2 dh tgk movie kt opis...
Nanti2 kang..klu dh habis tgk...aku bgtau brp star utk cite ni k...

ok..
Ciow...

Tuesday, July 12, 2011

Bizi...zibi...

Walaupun bos saya xde ari ni..

tapi..

saya sangat sibuk...

banyak..

surat-surat's...

minit-minit's...

memo-memo's..

yang perlu saya settlekan sebelum saya balik hari ni..

harap saya dapat balik on time hari ini..

tidak seperti semalam..


Sekian...

Terima kasih...

Monday, July 11, 2011

Qiqi dh tempah baju raya...hehehe...

Lastweekend..hehehe..mcm biasa la..only me n qiqi go back to my hometown..kek somban yoo...45min dh smpi...qiqi kata.."ibu, qiqi alik ampung."..mn dtg kg ko dik oii...

so..
berkesempatan dgn kepulangan kami ke kg..aku amik kesempatan utk g menempah baju raya qiqi n ayah dia ler..(kot cuti raya la thn ni)..hehehe..tahun ni..aahaa..agak berlainan ckit design kain baju melayu mereka..bkn plain tp ada corak2 batik..beli kt Sarawak ari tu..sama corak n color..nk tau mcm mn rupanye kena tunggu siap la bulan ogos nti..ermm..harga tempah baju..buleh tahan la..nk wat cmner..terpaksala..dh pesen baju agak pelik n ayahnye qiqi ni buleh dikategorikan sebagai org yg cerewet,,tu pun g tempah dia x ikut..just bwk baju contoh..seluar je 2 helai..satu utk contoh pesen..satu utk ukuran..mcm2 kan...utk qiqi plak..ukur je la sbb dia ada ditempat kejadian..tu pun..ukur baju mcm kena rotan...meraung x henggat..adoiiiyaaiii....al-kisah baju raya utk aku ni plak ha...hahaha...kain dah beli lama tp x berjahit...so..past utk tok umi qiqi settlekan...heheh..mesin jahit kt umah aku tu..wat hiasan kot...eh..xla..semangat nk beli kain langsir utk raya ni..bila la laki aku nk cuti ni..ley g beli kain..nk puasa dh ni...

Ok..

Ciow...

p/s..aku tgh lapar sgt ni...nk mkn nasi la tghhari ni...adoiii...

Ermm....ada sape2 nk blackberry murah??

Selamat pagi uuuoolllsss semua..?Sudah "BERSIH"....??hahaha...xde apa2 hasil pun dari assembly CLEAN tu..melainkan kekecohan..pedih2 mata..gatal2 badan...kena pijak..kena tangkap...yg sedihnya ada yg terkorban..inalillah..tu la..yg buruk dari kita..yg baik hanya dariNYA..so..uuoollsss pikir la sndiri...
Apa2pun..dh hari baru..minggu baru..ermm...apa menda korg buat weekend lpas..?Ada yg g join assembly ker..??hahaha..sudah2la cite pasal BERSIH tu kan...Aku dgn qiqi, ari jumaat dah chalo blik sbn...lg best...
Berbalik pada tajuk entry ni...kot ada sape2 yg berminat nk beli henpon blackberry dgn harga yg murah..offer 3 ari jer...blh bgtau aku yer....
‎3 DAYS PROMOTION ONLY!!!
NEW ORIGINAL SET!!! (2nd stage after brightstar)
Blackberry Curve 8520 - RM530
Blackberry Curve 3G 9300 - RM730
Blackberry Bold 9700 - RM800
Blackberry Bold 9780 - RM1200
Blackberry Storm 9500 - RM460
Blackberry Storm 9520 - RM770
Blackberry Pearl 9105 - RM650
Blackberry Torch 9800 - RM1250
+ Original Accessories!!!
(charger, handsfree & cable) free screen protector & pouch!!!All new!!!
with 18months warranty!!! ;)
ha..murahkan...aku mcm berminat jer..hehehehe...
ok la...
dah cuti ari jumaat kan..mcm biasa la..keje bertimbun..wajib settlekan dulu..nti2 kita sembang lagi k...
ok..
ciow...

Thursday, July 7, 2011

Qiqi drive car...

Qiqi dh pandai bwk car tau....tgk yer....

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

tp keta game la...hehehehe...










Qiqi lepakksss....

Weekend lpas dgn qiqi..melepak kt koridor rumah kitaorg la...dok amik2 pic dia dgn spec ayah dia...klu la ada DSLR..bestnyer....ermmm...buleh minta kt en hubby x..??hahaha...









Dah bekfast lom...???

haaa....pembaziran sedang berlaku ni...??Apsal lampu jalan kt opis aku ni x padam2 lagi ni..???Dah terang dah ni..tutup lampu la weiii...membazir jerr tu...
Morning uuoolllssss.....dah bekfast lom..??Ari ni, aku mkn kuih n air soya jer...knyg dh...dah nk msuk 3 minggu x mkn nasi ni..teringin x hengat ni...sabo2..tgk member2 mkn nasi lemak lauk sotong la...lauk paru la...makk aaii...rs nk mkn jer....
Esok dah apply cuti..tp bos x sign lg..adoiiiyaaii...ptg kang dia dah nk berhambusshh ke genting..sila la sign sblm anda outstation yer mr boss....nk balik kg ni...
Pg ni...relax ckit..ermm..bos xde pas apa2 job lg...sbb..dia bru smpi..mgkn jap2 lg kot...
ok la..
nti2 story lg....
ciow...

p/s..qiqi makin mengganas skrg...proses tumbesaran ke itu..??

Wednesday, July 6, 2011

P.E.R.H.I.M.P.U.N.A.N

????


Isu besar di negara kita minggu ni....al-kisah psl perhimpunan BERSIH 2.0??Aku pun sebenarnye x brp amik peduli pun psl hal2 politik ni...kecik sgt diri klu nk msuk cmpur hal2 negara ni..hehehe..ckup setakat amik tau jer..x amik serius pun..bukan sebab x sayang negara atau apa2 je la kan..tp...aku rs dh cukup syukur ddk di negara yg aman damai ni..ada peluang pekerjaan...mcm2 kemudahan ada..soal2 pentadbiran negara ni, rsnye x perlu amik serius sgt la..amik tau ckit2 udah ler...
al-kisah psl perhimpunan bersih yg nk dibuat ari sabtu ni...bnyk sgt isu yg timbul..mcm2 persepsi yg timbul...ada yg kt elok..ada yg kt x elok..aku..ermmm...lantakla apa korg nk buat asalkan jangan la smpi ada pertumpahan darah..jangan keamanan yg dikecapi selama ini hilang..scary jgk la..bila ada desas desus yg mengatakan peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang...hohoho...tang tu aku mmg scary la...jgn la psl hal kecik2 menda ni jd teruk...takut..anak aku kecik lagik...

Adalah sorg member aku ni...ermmm..kira org kuat slh satu parti yg ada la...dia selalu update kt fb dia..kdg2 aku bc apa yg dia tulis tu..ada betulnyer..ada x betulnye..tp tu la..bila melibatkan politik ni, org agak sensitif..rs gak aku nk sound dia, dulu dia belajar skolah mn??Smbg study kt mn?klu bukan kerajaan bantu..tp tu la..kwn2 kan..xkan sbb politik, nk putus kawan plak..so..biar je la..masing2 ada hak..negara kita ni demokrasi..masing2 ada hak utk tentukan..tp bkn dgn cara memberontak..mcm negara2 luar sana..apa salahnye klu tunggu time pilihanraya...ms tu, kempen sakan2...raih undi sakan2..klu dah menang..buktikan..kotakan apa yg dijanji ms berkempen dulu...rusuhan..pemberontakan..keganasan x bw apa2 faedah pun..malahan negara jd kelam kabut...so..lu pikir la sendiri...bg aku selagi cukup bulan dpt gaji..ok la tu....

ermm..harap2 xde sape2 la yg terasa atau ada yg nk saman aku plak psl apa yg aku taip ni...sekadar nk melepaskan apa yg terbuku dlm hati..Aku syukur sgt klu xde apa2 yg ganas atau teruk berlaku..syukur dgn apa yg ada skrg...

Sangat Kepenatan...

Dah tengahari dah...adoiiyaii..sgt kepenatan setakat jam ni..a lots of work given by my boss....hohoho..skali skala ada keje banyak..penattss..selalu rileks jer..amik ko skali.....apa2 pun...ok la..xla ngantoks n buhhsannn....dgr2 kabar hangin...bulan ogos ni..akan berlaku rombakan semua boss2 secara besar2an..adakah boss aku terlibat..ermmm...desas desus mengatakan ada..n..boss pun secara personal ada bgtau aku jgk..tp tu la..selagi xde surat arahan pertukaran..semua tu x bermakna apa2....cuak jgk kot dpt bos baru yg "bossyy".."kekwat".."straight".."serius"..."punctual"buatnya plak dpt boss pompuan..alamak weiii...klu yg jenis slumber xper gak..kena yg "ala-ala datin"..high bp la aku...segala-gala akan terjawab 1 ogos ni...tunggu je la...


Jap lg will story psl apa menda budak qiqi wat...nk rest2 jap..

ok..

ciow..

~pic rembat kat google~

Tuesday, July 5, 2011

Rasa nak bwk qiqi g tgk Movie la...

Selamat Pagi...lmbt ckit wat entry ari ni...Al-kisah ada 2 org makhluk dr Jepun dtg ari ni..dok la terhanguk2 dgn aku pg td waktu boss bwk diaorg masuk bilik..lawak tull la pesen diaorg ni..apa2pun..kita kena la respect adat n cara diaorg kan..nsib dia x hulur tgn utk salam...klu dia hulur, kna sambut ker x yer,,??ermm....so, dua ari la org jepun tu akan dtg kat opis aku ni ha..sebenarnya ada taklimat psl laman web jer...xde kaitan pun sbnrnye dgn operasi bhgn aku tp disebabkan boss aku tu..hehehe..fanatik ckit dgn negara matahari terbit ni..ermmm..dia la yg entertain org2 tu...lgpun..boss aku ni..hehehe..pandai la ckp jepun...ms mula2 tukar bhgn ni, dgn aku skali terjebak ari2 kena bljr ckp jepun...hehehe..ok gak la sbb dpt bljr bahasa baru...ckit2 pandai la...

Ok...cite yg kt atas tu..xde kaitan lgsg dgn tajuk kan...meh balik ke pangkal jln...

Al-kisahnye begini..semlm ptg...qiqi dok leka dgr radio lebih hangat dr biasa tu...biasa la..otw blik ke rumah dr umah opah dia..tetiba kuar iklan KFC..ala..yg "robot bertukar..robot bertukar tu.."iklannye psl cover laptop jer...skali dia request nk tgk robot bertukar...ayooii..xkan nk beli cover laptop tu plak...

hehehe..skali aku tnye kt dia.."kita g tgk wayang nk x?Tgk cite robot..tv besar tp gelap"(wayang la tu mksd aku)..tp..persoalnnyer..qiqi phm ker wayang tu apa..?n..klu aku bwk dia g tgk wayang, mau x dia ddk diam n tgk cite robot smpi habis..nangis x dia dok dlm gelap...hehehehe..rs mcm nk try jer...tau dek ayah dia, hbis aku..hahahah..weekend ni nk blik sbn..apa lg...uncle ewan..jom kita try bwk qiqi g tgk wayang....???Ada beran??Kita tgk citer.......

^

^

^

^

^

Monday, July 4, 2011

Tempat Yg Qiqi Paling Takut....??

Aahhaa...smbgn dr cite jln2 kt Aquaria....sampai rumah...ibu n qiqi g tempat yg paling qiqi takut sgt...smpi depan jer dia dah menangis mcm kena rotan..adoiiyaii....tmpt apa tu???
^
^
^

^

^

^

^

^

Kedai Gunting Rambut..xde salon2 der..kedai mamak jer..


Adoii...paling lemah klu kena bwk qiqi g gunting rambut..adventure ooo...dia akan menangis sepanjang mamak tu gunting rambut dia..mcm kena rotan..hbis air mata..air hidung smua keluar...asyik menjerit...sakit..sakit...tang mana yg sakit aku pun x tau la...berlakon hebat..elok je mamak tu kata ok..siap..terus berhenti nangis...siap mamak tu dokong dia turun dr kerusi..elok jerr...auta lebih la qiqi tu...

So..ni la hasilnyer...

^

^

^

^

^

^

Lega ku tengok...tgh panas2 ni..rs nk botakkan jer rambut qiqi tp..klu botak kesian la ku tgk..cam budak nakal jer plak..hehehe..


Ok..

Ciow...


Cari-cari...jumpa plak..hehehe..

Morning uuoollsss...
Sebenarnya dr semlm dok cari kt mn savenya pic qiqi ms 1st time dia g Aquaria...sj jer nk tgk sbb ms dulu g, dia x pandai jalan lg..so..ni la pic nye..jumpa jugak...tempat yg sama cuma masa je lain..hehehe...


Hehehe..ms ni x pandai jalan pun lg..belum setahun lgik ni...

Qiqi now...tang mn bezanyer..???


Ok..

Ciow...


p/s..boss g meeting...PA berdondang dendang jap...

Sunday, July 3, 2011

Qiqi g Aquaria lg...

Elloo....weekend minggu ni..kitaorg x balik kg...sbb en ayah qiqi bz..ada midsummer function kt SHOOK!..ari2 ada lima org chef dr luar negara dtg..so, ayah la yg kena layan segala tok nenek menda yg diaorg nak utk masak...ermm..cian ayah, ari2 balik lambat...so..utk tidak membosankan qiqi ddk umah jer..ayah suh ibu bwk qiqi g jln2..
Mana ibu bwk qiqi minggu ni..???Aku plan ingat nk bwk dia g zoo..memandangkan seumur hidup dia x pernah g zoo lg...tp..dgn cuaca panas skrg ni..huhuuhu..x kuasa la kan..so, plan ke-2..g Aquaria KLCC...dulu ms qiqi lom pndai jln,dh bwk dh tp ms tu dia kcik lg...so, kali ni g dia dh 2 thn lebih..lebih memahami dan lebih kecoh nyer..hehehehe....best la kali ni g bwk dia sbb dh pandai jln sndiri..dah kenal binatang kt situ...So, kul 11am..kitaorg g la..qiqi, ibu dia n uncle ewan dia la...nasib baik parking snang dpt..mgkn sbb awal lg kan...layan je la pic2 dia dalam tu...
ni la uncle ewan qiqi..


qiqi dgn ibu..






Apa2pun..qiqi enjoy ari ni..esok, ingat nk bwk dia g Tasik Titiwangsa...naik kuda....balik dr Aquaria,,kitaorg g makan kt McD Taman Dagang....dah kenyang..hehehehe..smpi kt umah, bwk qiqi g wat menda yg paling dia takut..apa mendanye..nti cite k.....

Ok..
Ciow....


Friday, July 1, 2011

Senyum Pesen Qiqi...

Apsal qiqi suka senyum macam ni yek..???Chomeeyyy sgt la tu konon....

ada sesape leh tulon make over senyuman qiqi ni x..??hehehe....

Presenting...En Turtle Qiqi....

Dolu2..ada story psl haiwan peliharaan qiqi..tp..disebabkan xde camera..so x dpt la nk show off qiqi nyer en & pn turtle qiqi...tp..skrg ni..en turtle qiqi dh jadi duda..sbb pn turtle dh mengadap penciptanyer...sabar ye en turtle...x sempat lagi nk g cari penganti utk dia....
Al-kisahnyer...dari mula qiqi memelihara haiwan ni..idok berani dia memegangnye..setakat tgk n goncang2 rumah menatang tu jer dia berani..ermmm..nk dijadikan kisah...kelmarin..air dlm rumah en turtle tu dh busuk...maknanye harus dicuci la...sementara uncle ewan dia g bsuh rumah tu..ltak la turtle tu atas katil...tgk je la aksi qiqi dgn en turtle dia...layaaannnn...

senyum dulu...
dah berani pegang dah..

hehehe...

en turtle dah masuk dalam rumah dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...